Muka Ibu Berubah Seakan ‘Nenek Tua’ Ketika Hamil 3 Bulan, Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

Posted on

Tempoh kehamilan selalunya memberi pelbagai pengalaman manis dan pahit dalam sesebuah rumah tangga. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi. Benarlah bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Seorang ibu pasti menghadapi alahan pada bau, tak selera makan dan ada yang tak suka tengok wajah sang suami. Ini sudah pasti menjadi cabaran terbesar untuk para suami.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai tempoh kehamilannya dengan penuh ujian dan dugaan yang berlaku. Apa tidaknya, wajah yang manis bertukar 360 darjah kepada seorang wanita tua. Semua ibu-ibu tidak inginkan kejadian ini berlaku.

Sempat berbual dengan Puan Nor Sahira melalui aplikasi Whatsapp, katanya, setiap kali hamil wajahnya akan berubah namun kehamilan yang ketiga ini memang menguji tahap kesabaran dan ketabahan seorang ibu.

“Besar pengorbanan kita sebagai seorang wanita yang tak mampu untuk lelaki lalui”

Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke-3. Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat kali ganda terkejut. Tak pernah pembawakkan budak seteruk ni. Masa mengandung, hari-hari stress, nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati, hancur lebur.

Tapi lepas bersalin, sikit demi sikit semuanya hilang. Bengkak mula surut, hidung beso mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk ape. Saya tak pakai pape.

Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan…

Yer ramai kata, terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan sebab memang itu yang jadi dekat saya.

Selepas pantang dalam masa dua bulan, muka saya pulih seperti biasa. Kesabaran itu yang perlu. Sokongan emosi sangat penting sebab masa itu saya dalam pantang. Kalau tak jaga, macam-macam boleh jadi.

Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. Segalanya dah back to normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.

Sumber: Nor Sahira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.