Apabila seseorang itu membuat kesilapan, kita digalakkan supaya menegur agar dia tersedar daripada khilafnya.
Malangnya pada zaman sekarang, ramai orang suka menggunakan pendekatan ‘teguran sentap’ kononnya mahu memberikan nasihat deep kepada si pelaku.
Namun, cara tersebut bukan sahaja tidak betul malah boleh membuatkan seseorang itu terguris hati dan tersasar lebih jauh.
Mulut je jahat tapi hati baik…
Menerusi perkongsian oleh pendakwah terkenal, Ustaz Syamsul Debat, beliau memberi penerangan tentang bagaimana cara menegur yang betul seperti yang dianjurkan dalam agama Islam.
Menurutnya, kita diperintahkan untuk menjaga setiap bait bahasa yang diucapkan melalui percakapan di mulut mahupun penulisan di media-media sosial.
Nabi suruh berzikir untuk imbangkan aktiviti lidah
Pendakwah itu juga turut berkongsi cara bagaimana Nabi Muhammad mengawal tutur katanya.
Katanya, Nabi Muhammad sentiasa membasahkan lidahnya dengan berzikir kepada Allah dan mengurangkan bercakap mengenai hal-hal yang tidak berfaedah.