Munafik Raih RM30 Juta, Selepas 10 Hari Tayangan

Posted on

Sungguh pantas jumlah kutipan meningkat mencecah angka RM30 juta buat filem arahan Syamsul Yusof iaitu Munafik 2. Perkara tersebut dikongsikan oleh pengarah tersebut di laman sosial. Malah dalam masa yang sama, filem ini juga turut menjadi filem tempatan paling pantas yang mampu mencecah kutipan RM30 juta hanya dalam 10 hari.

“Alhamdulillah & terima kasih. Majulah industri filem Malaysia,” kongsi Syamsul di laman sosial tersebut. Selain itu, segelintir pengikut dan peminatnya di laman sosial tersebut bagaikan tidak sabar untuk menanti filem ketiga di bawah francais yang sama.

Jumlah kutipan yang besar ini juga memberi harapan buat filem tanah air yang lain. Adakah filem ini berjaya mencecah RM50 juta menjelang sebulan tayangan? Sama-samalah kita nantikan.

Sebelum ini, dalam masa 4 hari tayangan, Munafik 2 ini telah berjaya mengutip lebih RM20 juta. Menurut Syamsul sebelum ini, dia memang berhasrat untuk menyambung bahagian ketiga filem seram berkenaan.

Carian Ke Post Ini:

  • nu vot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.