“Mungkin Kerana Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah”

Posted on

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan apabila seorang individu mendakwa pendakwah itu berkahwin kali kedua secara senyap-senyap dengan janda anak 8 tanpa pengetahuan isterinya.

Tampil membuka mulut mengenai dakwaan berkenaan, Da’i Farhan berkata individu tersebut yang juga merupakan rakan baik isterinya berbuat demikian kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.

BACA: Da’i Farhan Kahwin Janda Anak 8, Isteri Pertama Tak Redha?

“Astaghfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dengan dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dgn viralkan perkara fitnah yg telah berlalu.

“Moga gambar WhatsApp isteri saya dengan dia pada 1 Nov yang lalu menjawab segala fitnah yang dia viralkan,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Da’i Farhan turut memuat naik paparan skrin perbualan dimana isterinya meminta maaf kerana membuka aib suami sendiri kepada orang lain.

Dalam pada itu, Da’i Farhan turut memberikan nasihat mengenai bahaya tentang fitnah dan penyokong kepada fitnah tersebut.

Terdahulu, Da’i Farhan mendedahkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Mekah. Da’i Farhan turut berterima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dan kuat menerima hakikat tersebut.

Kemudian tular surat terbuka dari seorang individu mendakwa Da’i Farhan menggunakan dalil agama untuk kepentingan peribadi. Kata individu itu lagi, isteri pertama dapat tahu suami bernikah daripada orang lain bukan dari mulut suami sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.