Pelakon Nabila Huda menyatakan dia berasa terkejut apabila melihat dirinya muncul dalam filem Munafik 2.
Menurut aktres berusia 34 tahun itu, dia mengetahui babak melibatkan dirinya itu ketika menonton pada hari kedua tayangan filem tersebut.
“Saya memang tak sangka dan terkejut sebab tengok diri saya dalam Munafik 2. Saya memang tidak tahu yang babak melibatkan saya akan diguna pakai.
“Tak sangka, Syamsul ingat juga pada watak Maria itu dan sedikit sebanyak perasaan saya terharu,” katanya.
Nabila ditemui pada majlis pra-tonton filem TV HBO Asia, Folklore di St. Regis, Kuala Lumpur hari ini.
Nabila turut mengucapkan tahniah kepada Syamsul di atas sambutan hangat penonton terhadap filem bergenre seram dakwah itu.
“Saya tumpang gembira dengan kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat Munafik 2.
“Maya berjaya melakonkan watak Sakinah dengan sangat baik dan tuntutan karakternya jauh berbeza daripada Maria yang pernah saya lakonkan sebelum ini,” katanya lagi.
Nabila berlakon dalam Munafik yang ditayangkan pada 2016. Filem itu telah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM17 juta.
sumber :kopiplanet