Meskipun sudah lama tidak bersua muka, sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini, pelakon Nabila Huda turut tidak ketinggalan memberikan ucapan manis buat bapanya, penyanyi rock Amy Search.
Bagaimanapun, ucapan manis itu bertukar pahit apabila ibu tirinya pula, Noursih Hassan memuat naik kenyataan berbaur sindiran sekaligus mengundang rasa marah Nabila Huda.
Nourish memberitahu Amy kurang gemar jika anak-anak meraikan sambutan hari berkenaan walaupun berjiwa ‘rock star’ dan disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam.
Menerusi Instagram, Abil turut memuat naik kenyataan ibu tirinya itu serta mendakwa bahawa wanita itu menjadi punca hubungannya dengan bapanya renggang.
“Sampai mampus pun Kau Takkan berubah..Perlu ke Nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la, Dia tak wish Kau la, Macam kau sorang je Yang beragama Islam.
“Relax..Kenapa buat benda jadi complicated ni? Tak payah la play victims..Padahal Kau tau, Kau punca Aku berjauhan dengan bapak aku..Sikit pun Kau tak rasa bersalah..
Abil juga turut mendedahkan bahawa dia sering menjadi punca pergaduhan antara bapanya dengan wanita berkenaan dan hubungan dingin mereka masih belum berakhir.
“Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, Nak bawak Anak lari la , buat bapak Aku sedih lagi..kang bapak Aku bertambah marah Sebab kan Aku,korang gaduh. Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos!
“Asal Kau rasa insecure sangat dengan Aku ni..Jangan risau lah, Aku Takkan rampas pun your truly rock star tu..Darah Dia ada dalam badan Aku, sampai akhirat pun masih ada lagi.,” tulisnya.
Perkongsian Abil itu mendapat perhatian rakan artis lain yang turut mendoakan pelakon itu agar terus tabah dan kuat di atas apa yang berlaku. Malah, mereka berharap agar hubungan anak beranak itu akan pulih suatu hari nanti.