Nabila Razali Sedih Lagu Pematah Hati Gagal Ke AJL

Posted on

Mula popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali mengakui kecewa dan sedih apabila lagu yang membawa namanya meniti bibir peminat itu gagal ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) sekaligus melenyapkan impian beliau untuk beraksi di pentas berprestij itu.

“Sejujurnya, sedih juga bila dapat tahu Pematah Hati tak layak ke separuh akhir. Sebelum ini memang saya mengimpikan lagu itu sampai ke pentas AJL. Lebih-lebih lagi bila tengok rakan-rakan lain sudah pernah membuat persembahan di pentas AJL sebelum ini.

“Nampaknya impian itu tidak kesampaian tahun ini. Tak apalah, saya anggap masih belum ada rezeki untuk saya beraksi dalam pertandingan berprestij itu,” ujar Nabila Razali.

Nabila Razali turut berkata kegagalan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam industri seni sebaliknya beliau akan cuba memberi karya yang lebih baik pada single baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

sumber: mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.