Musim cuti sekolah dah tiba, sudah tentunya geng mak-mak seperti Nad Zainal akan mula bertukar identiti masa-masa sebegini. Mana dengan nak layan anak lagi, kerja lagi dan sudah tentunya rumah yang telah dikemas pun boleh berubah wajah dengan sekelip mata sahaja bila anak-anak sudah mula cuti sekolah.
Tapi yang menariknya, bila tiba musim sebegini ada satu rancangan yang menarik untuk geng mak-mak. Kali ini ragam mak-mak akan digambarkan dalam siri drama edisi baru iaitu Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah.
Dalam siri drama edisi baru ini masih mengekalkan pelakon yang sama dengan watak yang sama dan mungkin cabaran yang berbeza. Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah dibintangi oleh Nad Zainal sebagai Dahlia, Rita Rudainai sebagai Kak D, Fatin Afeefa sebagai Rose, Sazzy Falak sebagai Elanor dan watak Zehan lakonan Elvina Mohamad.
Drama bersiri ini mengisahkan ragam 5 orang sahabat yang bergelar ibu dan isteri dan masing-masing diantara mereka mempunyai jalan cerita dan masalah yang tersendiri.
Menerusi episod hari ini, Nad Zainal yang menjayakan watak Dahlia Dalam drama bersiri Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah ini mula rasa runsing apabila dipanggil bekerja semasa sedang syok menikmati cuti.
Pada mulanya, Dahlia menyangka semua pekerjaannya sudah diselesaikan sebelum bercuti. Namun segalanya berubah apabila ada satu perkara yang memerlukan dia untuk ke pejabat. Dalam pada masa yang sama, pengasuh anaknya juga turut bercuti sekaligus membuatkan Dahlia stress memikirkan jalan penyelesaian.
Tetapi ada satu ‘benda’ yang mampu membuatkan Dahlia segar sepanjang hari meskipun terpaksa membawa anak semasa sesi mensyuarat berlangsung. Yang paling menariknya, dengan ‘benda’ yang digunakan oleh Dahlia ini membuatkan dia tersenyum lebar.
Tetapi apakah ‘benda’ tersebut sehingga mood Dahlia bekerja di waktu cuti itu bertukar menjadi tenang dan gembira. Anda pasti nak tahu apa ‘benda’ tersebut bukan?
Semua ini bakal terjawab dalam drama bersiri Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah yang bakal di siarkan melalui Astro Gempak pada 18 November ini. Jadi nantikan episod pertama dari Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah ini untuk ketahui sendiri kesudahannya.
Jika anda alami situasi seperti Dahlia ini, gunakan sahaja ‘benda’ ini. Pasti segar sepanjang hari!