Nafi Ada Hubungan Dengan Pengkid? Zara Zya Sorok Hubungan?

Posted on

Zara Zya  nama yang tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air. Jarang sekali kita dengar gadis cantik ini digosip dengan sesiapa sebelum ini, tiba-tiba muncul pengakuan cinta bersama pelakon, Hafreez Adam. Ada yang mendakwa pengakuan itu hanya untuk menutup kontroversi bercinta dengan pengkid.

“Segelintir kita kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa akan cakap ada sesuatu antara mereka. Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi”

Pun begitu Zara menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pengurusnya yang juga wanita. Malah jelasnya, dakwaan liar terbabit mungkin timbul berikutan mereka sangat rapat kerana bekerja bersama.

“Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan. Mungkin sebelum ini orang kata saya bercinta dengannya sebab saya tak ada kekasih,” jelasnya.

Tidak pasti pula mengapa timbul dakwaan sebegitu setelah Zara kini bahagia bersama kekasihnya. Mungkinkah cerita lama? Tapi apa yang pasti Hafreez merupakan lelaki pertama digosipkan bercinta dengan pelakon ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.