Nampaknya, meskipun belum lagi mempunyai calon isteri, nampaknya Remy Ishak sudah memilih tarikh 20 Februari tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.
Menurut Remy, tarikh itu dipilih sebagai persediaan dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk mencapai misi tersebut. Katanya lagi, dalam soal jodoh memang perlu memilih kerana tiada siapa mahu berkahwin dalam tempoh sekejap.
“Kalau sudah ada calon, esok juga saya nak kahwin. Saya memang nak kahwin, tapi apakan daya jodoh tak sampai lagi.
“Cuma tarikh saja yang sudah ada iaitu 20 Februari tahun depan. Jadi, saya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk mencapai misi itu.
“Orang cakap saya terlalu memilih, tapi dalam soal perkahwinan memang kena pilih.Kita nak berkahwin untuk tempoh yang lama dan kalau boleh kekal selamanya. Bukan nak sekejap saja. Saya tak nak selepas beberapa tahun berkahwin timbul masalah,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu Remy mengakui memang sukar wanita diluar sana untuk menjadi isterinya kerana perlu membuang sifat cemburu memandangkan dia bekerja dalam industri hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita.
“Menjadi isteri saya memang susah. Pertama, kena buang rasa cemburu. Kalau sudah cemburu, tidak akan ada yang positif. Dari situ akan wujud sikap mengongkong. Saya pula nak bergerak dan membawa keluarga ke arah bahagia dan berjaya. Kalau itu berlaku ia akan menjadi susah.
“Saya berada dalam bidang hiburan dan mempunyai ramai peminat wanita. Selepas ini perkara yang tak ada apa, dijadikan masalah pula. Saya tak mahu semua ini.
“Jika saya cuba kawal sekali pun, susah. Cemburu dengan perempuan ibarat irama dan lagu. Takkan saya nak berhenti berlakon? Kalau berhenti sekali pun, perkara sama tetap terjadi,” katanya.