Namanya Senyap Tanpa Kontroversi Panas,Why? Rindu Saya? – Neelofa

Posted on

Sejak awal tahun ini, selebriti popular Neelofa ditimpa dengan satu demi satu kontroversi baik daripada kisah peribadinya sehinggalah isu pelancaran tudungnya yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Neelofa yang seperti biasa menerima kecaman dan kritikan netizen kemudiannya dilihat lebih selesa untuk mendiamkan diri kebelakangan ini seolah-olah mahu lari daripada sebarang kontroversi.

Namun, sejak kebelakangan ini, nama Neelofa ibarat sepi seketika tanpa sebarang gosip ataupun cerita panas mengenainya. Ibarat macam orang ramai dahagakan pula kontroversi melibatkan dirinya.

Neelofa sebenarnya tidak hilang kemana-mana pun, tetapi hanya ingin melakukan perkara yang lebih baik serta berfaedah sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Kenapa? Rindukan sayakah? Tak adalah.. saya cuma berniat mahu melakukan perkara-perkara yang baik sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebenarnya memang setiap tahun apabila tiba sahaja bulan puasa, saya sedaya upaya akan cuba mengosongkan jadual kerja. Itu termasuklah tidak menerima sebarang jemputan untuk berbuka puasa di luar kecuali ia sangat penting dan saya tidak dapat mengelak. Tujuan utama saya adalah mahu bersama-sama keluarga sepanjang Ramadhan ini.

Neelofa akui jiwannya dipenuhi dengan ketenangan pada bulan mulia ini. Bila ada kontroversi, ramai pula yang mengecam, bila senyap tertanya mana pula perginya Neelofa, sampai sesetengah itu tidak senang duduk kalau Neelofa tiada kontroversi yer, macam-macamlah kerenah netizen.

Sumber Berita : Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.