Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) mengumumkan bahawa satu asteroid gergasi sedang bergerak dengan kelajuan 34,000 kilometer sejam menghampiri bumi.
Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS) milik NASA, mengesan asteroid ‘berpotensi berbahaya’ berukuran lebih besar dari bangunan tertinggi di dunia itu akan melintasi bumi dengan jarak paling dekat pada 15 Februari jam 6.05 pagi.
BACA : (Video) Macam Magik, Salji Turun Gemparkan Penduduk Di Tengah & Selatan Iraq
Namun, menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.
“Tiada bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Sumber : IGN