Penggunaan wangian di dalam kereta sememangnya sangat baik bagi memberikan pengudaraan yang nyaman namun ramai tidak menyedari bahawa penggunaan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
Sebelum ini, pelbagai kejadian yang membabitkan bahan wangian tiba-tiba pecah dan meletup di dalam kereta sehingga mencederakan pemilik kereta.
Keadaan ini juga dialami oleh Nor Dalila Hamidun yang berkongsi beberapa gambar keretanya di laman Facebook. Menurutnya, cermin belakang kereta tersebut pecah disebabkan oleh botol wangian yang dibeli dari sebuah kedai telah meletup.
Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi beliau dan ahli keluarga yang lain apabila tidak berlaku sebarang kecederaan kerana mereka berada di dalam rumah pada ketika itu.
Sumber: Nor Dalila Hamidun