Nazim Othman Enggan Jadi Watak Kedua Jika Hero Tak Semenggah

Posted on

Perkongsian Nazim Othman di Instagram menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu meluahkan rasa kesal serta mempersoalkan mengapa dia memegang watak kedua berbanding pelakon utama.

Menurut Nazim, dia hanya akan menerima watak kedua atau ketiga jika watak utama diberikan kepada pelakon yang bagus dan lebih layak daripadanya. Ujarnya lagi, watak utama itu dipilih berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

“Second? What Second? Kenapa bukan saya yang pertama. Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan.

“Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah kemana. Sekarang, watak utama itu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial. Tak semestinyaa ramai followers betul-betul berbakat,” tulisnya.

Netizen turut bersetuju dengan kenyataan Nazim bahawa populariti lebih diangkat berbanding bakat seseorang. Ujar netizen lagi, tak semestinya watak utama itu terbaik, adakalanya watak kedua lebih menonjol.

Dalam pada itu, Nazim berkata dia tidak kisah jika diberikan watak kedua dan sentiasa bertolak ansur dengan bayaran tetapi biarlah watak utama itu berbakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.