Terbabit dalam rakaman program Naura Shares kelmarin, Neelofa tidak lagi mampu menahan sebak apabila berkongsi mengenai dirinya yang sering menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh dalam hidupnya.
Menurut Neelofa, beliau sendiri tidak tahu mengapa dirinya menangis namun doa itu mempunyai makna tersendiri buatnya. Kata Neelofa kerana namanya dikenali, siapa jodohnya juga akan menjadi perhatian ramai.
“Saya Akan Menangis Setiap Kali Berdoa Soal Jodoh”
“Saya banyak berdoa mengenai jodoh. Ada satu hari, saya duduk berdoa dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling”
“Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat, pasukan dan semua. Jadi, ini akan membuatkan saya gembira dan bahagia. Kenapa doa ini, sebab banyak mata memandang. Contohnya, orang meletakkan saya sebagai ikon”
“Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak pada orang. Saya pun tak tahu kenapa sedih dan menangis. Memang saya akan sedih dan menangis bila berdoa mengenai jodoh. Tidak kira masa dan di mana,” jelasnya
Sebak pula mendengar luahan hati Neelofa. Bukan senang rupanya menjadi selebriti dan ikon terkenal untuk mencari jodoh kerana siapa pasangan itu akan mempengaruhi tanggapan orang.