Neelofa Artis Malaysia Pertama Tercalon Influencer Awards 2019 Monaco

Posted on

Bukan saja bergelar selebriti popular dan usahawan berjaya, pelakon dan pengacara, Neelofa mencipta sejarah apabila tercalon dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

Dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur, Neelofa mengakui tidak menyangkan tercalon dalam anugerah besar itu. Kata Neelofa lagi, pencalonan itu adalah peluang untuknya meluaskan lagi rangkaian jenamanya.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.

“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya.

Dalam pada itu, Neelofa berharap pecalonannya dalam anugerah tersebut dapat memberikan inspirasi terutama kepada anak muda di Malaysia.

“Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya lagi.

Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, ini merupakan penganjuran kedua Influencer Award selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.