Neelofa Rasai Hujan Turun Di Arafah Undang Rasa Insaf

Posted on

Daripada cuaca panas terik disusuli hujan lebat ketika umat Islam melaksanakan wukuf di Padang Arafah beberapa hari lalu ternyata memberi keinsafan buat pelakon dan pengacara, Neelofa.

Dijemput menjadi tetamu Allah bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini, Neelofa menyifatkan ianya pengalaman yang tidak akan dilupakan. Neelofa turut meluahkan rasa syukur apabila Allah menurunkan hujan tatkala cuaca ketika itu panas terik.

“Semalam semasa wukuf saya berada di luar khemah dan baru mula berdoa dalam satu jam. Ketika itu masih panas dan ramai jemaah masih di dalam khemah.

“Kemudian angin kuat dan berpasir pelik sebab tak sangka hari wukuf jadi berangin dan sejuk. Kemudian hujan mula turun. Saya dan mak sahaja berada di luar khemah. Perasaan semasa hujan turun ni hanya Allah yang tahu. Tergamam, tak terkata,” tulisnya.

Turut berkongsikan pengalaman indah itu di Insta Story, Neelofa berkata dia turut menyaksikan umat Islam keluar dari khemah untuk melihat fenomena perubahan cuaca itu serta menadah tangan berdoa kepada Allah.

Dalam pada itu, Neelofa berharap perkongsiannya itu dapat memberi manfaat kepada pengikutnya dan mendoakan agar para pengikutnya turut dijemput untuk menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.