Pelakon dan pengacara Neelofa mengumumkan dia menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun ini serta edisi akan datang.
Perkara itu diberitahu menerusi satu kenyataan di laman Twitter miliknya sebentar tadi. Menurut Neelofa, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dan mahu memberi tumpuan dalam bidang perniagaan.
Hi guys! I know many of you guys are excited for the upcoming ABPHH32, however I am withdrawing myself from the nominations. I have been focusing more on expanding Naelofar Hijab and wasn't active in the entertainment industry so I feel that it's a bit unfair to be nominated. pic.twitter.com/Rm7MmqDWSo
— Neelofa (@Neelofa) July 18, 2019
“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.
“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah,” tulisnya.
Dalam pada itu, meskipun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, Neelofa tetap memberikan sokongan dan tidak mungkin akan melupakan kenangan selama terlibat dalam anugerah tersebut.
“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?
“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.