Neeta Dikecam Kerana Peluk Han Byul Di Pentas

Posted on

Big Stage musim kedua sudah pun melabuhkan tirai Ahad lalu, rancangan realiti tersebut masih lagi menjadi bualan ramai netizen. Terbaru, netizen meluahkan rasa kurang senang aksi Neeta Manisha memeluk Han Byul selepas pengumuman pemenang.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Neeta itu kurang sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum. Tidak mahu perkara itu teruk diperkatakan, Neeta menjelaskan mungkin ramai tidak tahu bahawa dia bukan beragama Islam.

“Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, berpeluk itu bukan saya nak kata salah atau betul. Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan?

“Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.

“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Neeta meminta netizen menggunakan media sosial secara berhemah. Ujarnya lagi, tidak salah untuk memberikan teguran tetapi jika tidak tahu tentang sesuatu perkara itu lebih baik bertanya terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.