Kebenaran rentas negara; Ini Negara Yang Menerima Pelancong dari Malaysia.Sebagaimana pengumuman yang dibuat kerajaan Malaysia melalui YAB Perdana Menteri telah melegakan sebahagian besar kalangan warga.Pengumuman kebenaran rentas negeri seluruh negara telah disambut dengan gembira oleh seluruh rakyat Malaysia.
Pengumuman tersebut dibuat ekoran daripada kejayaan warga dewasa Malaysia yang telah mencapai imuniti berkelompok iaitu dengan kadar melebihi 90% sudah lengkap divaksinasi. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada warga Malaysia.
“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.” ulas Perdana Menteri
Pun begitu, bukan semua yang layak untuk menerima kemudahan dan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan. Siapa yang dibenarkan merentas? Ya. hanya individu yang lengkap divaksinasi sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan Lengkap Vaksin? Iaitu menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi tempoh matang iaitu selepas 14 hari dos kedua
Kandungan
RENTAS NEGARA DAN SOP
Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengumumkan perjalanan ke luar negara TANPA melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Ramai juga yang tidak akan melepaskan peluang untuk melancong ke luar negara. Walaubagaimana pun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa individu yang melancong ke luar negara wajib kuarantin sebaik tiba di Malaysia. Tempoh kuarantin ialah 14 hari.
BACA: Itinerari Lengkap Bercuti Di Sabah 5 Hari 4 Malam Bersama Anak Kecil
SENARAI NEGARA YANG MENERIMA PELANCONG MALAYSIA
UNITED KINGDOM (UK)
Bermula 4 Oktober lalu, pelancong yang bukan dari negara yang disenarai ‘merah’ dan sudah lengkap vaksin boleh melancong ke United Kingdom.
SOP : Pelancong dibenarkan masuk ke United Kingdom apabila sudah disahkan NEGATIF COVID-19 menerusi ujin RT-PCR sewaktu ketibaan.
Di United Kingdom, anda semua boleh melancong di England, Scotland, Wales mahupun Ireland.
JORDAN
Bandar batuan bersejarah, Petra, Jordan adalah Tapak Warisan Dunia yang sememangnya menjadi tempat wajib bagi pelancong untuk menyaksikan sendiri keajaibannya.
SOP : Pelancong wajib menjalani ujian RT-PCR COVID-19 sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.
Semua pelancong ke Jordan perlu lengkapkan borang sebelum berlepas dan mendapatkan kod QR.
MALDIVES
Sebuah negara yang mempunyai pulau semulajadi yang tercantik di dunia. Keindahan pulau memang menjadi tumpuan utama pelancong untuk menikmati kejernihan air laut dan ketengan pantai.
SOP : Pelancong ke Maldives hanya memerlukan keputusan RT-PCR COVID-19 yang negatif dan TIDAK PERLU kuarantin. Keputusan COVID-19 perlu dibuat dalam masa 96 jam.
Dubai (UNITED ARAB EMIRATES)
Sememangnya sebuah bandar Arab moden yang terkenal dengan simbol kemewahan.
SOP : Pelancong yang ingin melawat Dubai boleh memohon Visa Pelancong dengan syarat ujian RT-PCR COVID-19 negatif dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Bandaraya yang penuh dengan kemewahan dan syurga untuk pelancong yang suka membeli-belah.
TURKI
Negara yang indah, unik dan kaya dengan warisan sejarah. Turki juga terkenal sebagai syurga makanan disamping aset pelancongannya belon panas yang menjadi tarikan pelancong.
SOP : Untuk melancong ke Turki, pelancong perlu memohon Visa dan manjalani ujian RT-PCR COVID-19. Pelancong TIDAK PERLU kuarantin dan pastikan setiap individu memiliki vaksin penuh.
LAIN-LAIN NEGARA YANG TAK PERLU KUARANTIN
Antara negara yang membenarkan pelancong yang lengkap vaksinasi. Prosedurnya hanya perlu melakukan ujian saringan RT-PCR dan syaratnya ujian tersebut mestilah NEGATIF.
Menariknya, anda tidak perlu kuarantin , hanya langsung masuk saja. Negara yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
- Switzerland
- Finland
- Mexico
- Jerman
- Sepanyol
- United States
- Kanada
- Mesir
- Belanda
- Pakistan
- Brazil
Lihat tempat tempat menarik dalam Malaysia ->> KLIK SINI