Nelydia Senrose Teruja Bakal Bergelar Isteri,Sibuk Buat Persiapan Kahwin

Posted on

Khabar tentang perkahwinan Nelydia Senrose bersama cinta hatinya, Hafiz sudah mula diperkatakan. Sebelum ini, Nelydia agak malu-malu untuk mengakui tentang perkara itu dan memberitahu beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin.

“Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan lancar. Bila tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi”

Mengakui agak cepat mengambil keputusan untuk bernikah, namun Nelydia pasti Dialah orangnya. Tapi kata Nelydia, tidak dinafikan sikap jejaka itu yang memahami dan matang membuatkannya jatuh cinta.

“Saya pun tak mahu sorokkan perkara baik. Doakanlah yang terbaik buat saya. Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya”

“Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang,” jelasnya.

Baguslah perkara baik begini tidak disorokkan, malah diwar-warkan supaya dapat berkongsi kegembiraan dengan peminat. Semoga segala perancangan Nelydia dan si Dia berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.