Netizen Kecam Izreen Azminda Tak Jaga Hati Bekas Madu

Posted on

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Namun buat Intan Liana Salleh tahun ini sangat berbeza sekali kerana ini merupakan kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa suami selepas bercerai dengan pemuzik Ude Wahid pada Mac lalu.

Pada 1 Syawal lalu, Intan sempat kongsikan gambarnya bersama dua anak lelakinya yang menyambut Hari Raya di Muar, Johor di rumah keluarga Intan.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Intan yang dilihat tak cukup tangan melayan kerenah dua anaknya. Pada masa yang sama, Izreen Azminda pula memuat naik foto mesra didukung oleh suaminya, Ude.

Ternyata tindakan Izreen itu mengundang kecaman netizen yang meluahkan rasa menyampah dengan sikap Izreen yang dikatakan ingin menayang kebahagiaannya dan tidak menjaga hati bekas madunya.

Apa pun, lebih baik jika rasa bahagia dalam rumah tangga menjadi rahsia, takut-takut ianya boleh mengundang sebarang fitnah dan membuatkan hati orang lain terluka.

SUMBER : BEAUTIFULNARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.