Netizen Persoal Aliff Aziz Tidak Dikecam Bila Aliff Aziz Share Video Isteri Bersalin

Posted on

Selepas insiden yang melanda tahun lalu, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah dilihat sering memuat naik gambar bersama menunjukkan bahawa rumahtangga mereka sudah kembali berseri dan bahagia, ditambah pula dengan cahaya mata comel Ayden Adrean yang kini sudah berusia satu tahun.

Baru-baru ini, Aliff Aziz memuat naik video saat isterinya bertarung nyawa melahirkan anak mereka bersempena dengan hari lahir anaknya itu.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir buat Ayden dan rata-rata mereka tersentuh melihat video tersebut.

Namun, ada juga beberapa netizen mempersoalkan tindakan Aliff yang tidak dikecam apabila memuat naik video tersebut untuk tontonan umum, sedangkan sebelum ini usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dihentam teruk.

Tidak kurang juga ada dikalangan netizen yang bertelagah sesama sendiri dengan pendapat mereka masing-masing. Menurut netizen lagi, video tersebut pernah dimuat naik sebelum ini namun tiada kecaman dari orang ramai.

Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri dikecam teruk selepas memuat naik video isterinya bersalin dan sehingga membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu.

sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.