Selamat menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, Elfira Loy dilihat sering memuat naik video momen indah bersama putera kesayangannya Muhamad Rayyan Khalaf.
Menerusi Instagram, Elfira berkongsikan satu video dimana dia sedang mendodoikan anaknya. Memang tersenyum melihat video tersebut. Meskipun dalam tempoh berpantang, rata-rata netizen memuji penampilan Elfira yang tetap kelihatan cantik dan berseri-seri.
Malah, ada yang berkongsikan pengalaman mereka ketika berpantang yang tidak terurus berbeza dengan keadaan Elfira. Tidak kurang juga ada yang mengatakan meskipun sudah bergelar ibu namun Elfira tetap kelihatan seperti zaman remajanya.
Difahamkan, Elfira menggunakan khidmat “confinement lady” ketika berpantang, mungkin disebabkan itu dia kelihatan cantik dan sihat memandangkan semuanya dalam keadaan terjaga. Apa pun, selamat berpantang kami ucapkan dan semoga Rayyan Khalaf membesar dengan sihat.