NGO Bidas Jakim – Kemaluan Tidak Menentukan Jantina Seseorang

Posted on

Status jantina usahawan berjaya, Nur Sajat masih menjadi perdebatan. Terbaru sekumpulan NGO membidas tindakan Jakim yang menjalankan ujian pegesahan jantina terhadap wanita itu kerana menganggap ianya merendahkan maruah seseorang.

Mereka berpendapat, seseorang itu tidak berhak dipaksa untuk melakukan ujian pengesahan jantina kerana alat kelamin seseorang tidak menentukan kesahihan identiti jantina individu.

“Kami percaya tidak ada seorang pun yang perlu diarah menjalani ujian perubatan untuk menentukan identiti jantina. Proses ini ternyata mengganggu, merendahkan, tiada perikemanusiaan dan paling penting tidak perlu dibuat,” katanya kepada Projek MMO.

Kenyataan itu disuarakan oleh gabungan 14 NGO termasuk, Sisters in Islam (SIS)EmpowerJustice for Sisters and Trans men Malaysia, dan Komuniti Muslim Universal. Terdahulu, Jakim memberikan masa sebulan untuk mendedahkan status jantina usahawan terbabit.

Manakala, menurut laporan terdahulu, Sajat berasa terkilan dengan isu jantinanya dimainkan di serata media kerana mengaibkan dirinya. Jelasnya lagi, pihak keluarga juga turut menangung malu berikutan hal terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.