“Nombor Bertuah Saya 1651 dan 7288 Selepas Sembahyang Pada Jumaat” Kisah Pemenang Loteri Sehingga RM69Juta.

Posted on

Loteri ataupun nombor ekor adalah salah satu permainan judi yang semakin popular di negara kita.

Dalam Islam jelas bahawa judi ini haram dan hasil wang hadiahnya adalaha haram.

Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhabis duit gaji dan simpanan semata-mata ketagih untuk membeli nombor ekor ini setiap hari dan mengharapkan dapat menjadi jutawan dengan cara senang.

Walaupun berjuta yang tidak mendapat apa-apa pulangan, masih ada segelintir yang sangat bernasib baik memenangi hadiah loteri atau nombor ekor ini di Malaysia.

Mari kita lihat 5 pemenang loteri dengan hadiah tertinggi dalam sejarah Malaysia.

5. M4gnum 4D – RM4.5 juta

Gadis yang berasal Sungai Buloh sangat terkejut apabila mengetahui dirinya menerima durian runtuh apabila menjadi salah seorang pemenang Jackpot kedua Magnum 4D bernilai RM4,497,266 pada Oktober 2017.

Dia merupakan salah seorang daripada 26 pemenang yang berkongsi hadiah keseluruhan yang bernilai RM10.85 juta.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka wang pertaruhan yang dibuat bernilai RM20 akan memberikan pulangan berlipat kali ganda dan akan berkongsi hadiah tersebut dengan ahli keluarga serta golongan miskin.

“Saya ingin berkongsi kegembiraan dan hadiah wang ini dengan ahli keluarga. Saya juga ingin melabur hadiah wang tunai ini didalam hartanah, dan membelanjakan sebahagian daripadanya untuk pengajian adik lelaki saya dan pastinya, tidak dilupakan untuk kerja-kerja amal juga,” katanya.

Apa yang menarik adalah dia mendapat nombor yang dibidanya dalam permainan tersebut, melalui mimpi.

Menurut jurucakap Magnum, peraturan ramalan nombor ekor menyatakan bahawa apabila hadiah Jackpot pertama melebihi RM30 dan tidak dimenangi, wang tunai melebihi RM20 juta akan diberikan kepada pemenang Jackpot kedua.

4. Tot0 4D – RM20.5 juta

Pada tahun 2017, seorang perunding “feng shui” dari Johor bernasib baik dan bertuah apabila telah memenanti loteri Toto 4D bernilai RM20.5 juta.

Kombinasi nombor 1651 dan 7288 yang dipertaruhkan dalam permainan tersebut telah membuahkan hasil kepada lelaki berusia 61 tahun itu, yang mana dikatakan diperolehi selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.

“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat. Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta. Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya.

Sebahagian daripada wang tunai daripada kemenangan tersebut dikhabarkan akan disumbangkan kepada tokong berkenaan.

3. Tot0 4D Jackpot 1 – RM27 juta

Pada tahun 2013, seorang wanita berjawatan ekskutif berusia 30-an menjadi jutawan Toto termuda apabila dia ditabalkan sebagai pemenang hadiah RM27 juta bagi cabutan bertuah Toto 4D Jackpot 1.

Wanita yang berasal dari Kuala Lumpur tersebut menggunakan kombinasi dari nombor lesen memandu, nombor pendaftaran kereta dan tarikh-tarikh bermakna baginya, menjadi 5755 dan 1113 dalam permainan tersebut.

Menurut sumber, wanita ini hanya membeli 10 set nombor 4D yang mana menghasilkan 45 pasang nombor 4D dan 45 peluang untuk menang.

Kekayaan barunya ini dikatakan mencukupi untuk memenuhi senarai impiannya termasuk membiayai pendidikan anak-anak, memiliki sebuah kereta sport dan barangan berjenama, termasuk bercadang untuk bersara apabila mencecah usia 45 tahun.

2. Supreme Toto 6/58 – RM47.82 juta

Usaha seorang ahli perniagaan yang merupakan pengikut setiap bagi Supreme Toto 6/58 sejak permainan ini dilancarkan pada 20 Mac 2010 akhirnya membuahkan hasil apabila dia telah memenangi wang tunai bernilai RM47.82 juta, hadiah terbesar ketika itu.

Ahli perniagaan yang berusia lingkungan 50-an tersebut tidak percaya bahawa dia memenanginya sehingga tergamam seketika sebelum meminta isterinya untuk mengesahkan kemenangan tersebut beberapa kali.

Menurut jurucakap Sports Toto, pasangan tersebut tersangat teruja membuatkan mereka tidak dapat tidur dan tidak sabar untuk menebus hadiah di ibu pejabat Sports Toto di ibu negara.

Individu tersebut memberitahu dia biasanya bertaruh sekitar RM20 bagi setiap permainan yang memberikan 10 peluang untuk mendapatkan cepumas.

Nombor kemenangannya ada 8, 11, 19, 22, 54 dan 55 yang mana kesemuanya dipilih secara berkomputer dan rawak.

Dikhabarkan bahawa pasangan tersebut tidak hanya akan menggunakan wang kemenangan itu bersendirian sebaliknya akan disalurkan kepada badan kebajikan serta membantu orang sekeliling termasuk ahli keluarga yang memerlukan.

1. Grand Toto 6/63 – RM69.64 juta

Dan rekod kemenangan loteri yang tertinggi dalam sejarah Malaysia ketika ini adalah sebanyak RM69.6 juta. Ahli perniagaan berusia 40 tahun dari Pulau Pinang memenangi hadiah utama Grand Toto pada 13 September 2017.

Individu tersebut yang dirahsiakan namanya untuk tujuan keselamatan memberitahu dia hanya membelanjakan RM50 untuk 25 set nombor Lucky Pick sebelum salah satunya memenangi slot loteri tersebut.

Menurutnya lagi, dia hanya mula bermain Sport Toto pada tahun 2013 namun membuat taruhan berdasarkan nombor pendaftaran keretanya dan tidak pernah memenangi apa-apa.

Pembelian yang membuahkan hasil ini berlaku disebabkan satu kebetulan. Ketika hari tersebut, ahli perniagaan ini terperangkap dalam kesesakan membuatkannya memutuskan untuk menggunakan jalan lain.

“Kebetulan ternampak kedai Sport Toto. Jadi, saya rasa saya patut mencuba nasib kerana kawan-kawan saya bercakap mengenai loteri Toto terbesar. Ia merupakan kali pertama saya bermain Lotto dengan membeli loteri Lucky Pick bernilai RM50 dalam Grand Toto 6/63,”.

Dia tidak menyemak keputusan bagi slot tersebut walaupun diberitahu oleh rakannya bahawa pemenangnya adalah dari Pulau Pinang.

Individu bertuah ini kemudiannya meminta abangnya menyemak keputusan, sebelum tidak berhenti-henti menjerit sambil berlari di sekitar rumah selepas mengetahui keputusan.

Hadiah wang tunai bernilai RM69,637,527.25 itu dikatakan akan digunakan sebahagiannya untuk disalurkan kepada pertubuhan kebajikan, membayar pinjaman dan juga melabur dalam hartanah.

Kemenangan terbesar sebelum ini adalah bernilai RM57 juta dalam loteri Supreme Toto 6/58 pada tahun 2012.

sumber: yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.