Nora Danish Akui Rimas Ditemani Pengawal Peribadi

Posted on

Bertuah badan jika dapat suami seperti Nedim yang sangat mengambil berat sehingga mengupah dua orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan isterinya, pelakon Nora Danish.

Bagaimanapun, Nora mengakui agak tidak selesa kerana sering diekori. Katanya lagi, sebelum berkahwin dia sudah biasa bergerak sendiri, namun Nora mengatakan mungkin itu adalah salah satu cara suaminya mengambil berat terhadap dirinya.

“Sejujurnya saya memang tak selesa langsung dengan mereka. Kadang-kadang saya suruh mereka ke belakang sikit dan tunggu sahaja dalam kereta.

“Saya dah biasa tidak memiliki pengawal peribadi. Kalau di lokasi ramai krew yang menjaga. Tapi mungkin Nedim terlalu banyak berfikir sehingga dia bimbang bila saya keluar sendiri.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dengan macam-macam kes yang berlaku melibatkan wanita dan ditambah pula dengan sikapnya yang mudah lupa membuatkan suaminya mengambil keputusan untuk mengupah pengawal.

Namun, Nora mengatakan mungkin itu adalah salah satu cara suaminya mengambil berat terhadap dirinya, tambahan pula Nora mengakui dia juga seorang yang tidak pandai menjaga diri.

“Nadim seorang yang sangat ‘protective’. Saya tak pernah ada bodyguard sebelum ini tapi sejak saya berkahwin dengannya, dia beritahu nak gajikan pengawal untuk teman kerana dia bimbangkan keselamatan saya.

“Sekarang ini macam-macam perkara berlaku. Rogol, simbah asid, mencuri, itu yang menjadi kebimbangan Nedim. Saya pula jenis yang tak pandai jaga diri dan handphone pun selalu lupa,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nora mengakui situasi itu juga membuatkan ramai peminat berasa takut untuk mendekatinya. Namun, Nora menjelaskan peminat tidak perlu takut dan boleh saja untuk bergambar dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.