Sebuah rakaman menyaksikan seorang lelaki berkopiah dan berpakaian lusuh berjalan menggunakan alat bantuan jalan(walker) tular di media sosial.
Di depan walker, dipasang sebuah bakul yang mengandungi beberapa pek kerepek.
Lelaki berkenaan dilihat berjalan setapak demi setapak meskipun kudratnya kelihatan lemah dan tidak bermaya.
Foto: mStar Online
mStar Online melaporkan, ia dirakam di kawasan kedai dipercayai di Jitra, Kedah.
Tambah menyayat hati, warga emas tersebut dilihat berpaut pada meja gerai kerana tidak tahan berdiri lama.
Mujur ada seorang peniaga di kawasan tersebut membantu mengangkat walker tersebut sebelum memimpinnya untuk berjalan.
Foto: mStar Online
Seorang wanita yang memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook, Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir menulis,
“Allahuakhbar depan mata aku. Tergamak anak buat macam ni. Esok nak raya hantar ayah suruh jual kerepek. Ayah kalau sihat tak apa.
“Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi,lapar.”
Foto: mStar Online
Difahamkan, pakcik tersebut dihantar oleh anaknya untuk berniaga sendirian dengan satu pek kerepek dijual dengan harga RM5.
Menerusi video, dapat dilihat lelaki tua berkenaan mengalami masalah untuk bercakap dan duduk dengan baik.
Menurut seumber lagi, dia mempunyai seorang anak, seorang menantu dan seorang cucu. “Semua sihat belaka lagi… yang mai hantaq (mari hantar) orang tua ni pasaipa (kenapa)? Dengan keadaan dia macam ni, dia kena rehat. Tambah-tambah esok nak raya.
“Salah satu punca rezeki sempit adalah layanan anak kepada orang tuanya. Nasihat untuk diri aku juga. Ya Allah…. mama abah.”