Orang ramai bersesak untuk makanan percuma

Posted on

Tindakan pemilik sebuah kedai kosmetik di Bandar Baharu Tumpat menawarkan bantuan makanan telah menyebabkan masyarakat di daerah itu bersesak-sesak untuk mendapatkan bantuan tersebut, sekali gus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 1.20 tengah hari tadi dan bergegas ke lokasi bagi menyuraikan orang ramai.

BACA : Redmi K30 Pro – Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Menurutnya, seramai 20 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertindak ke lokasi kejadian dan mendapati kira-kira 120 individu sedang berkumpul untuk mendapatkan makanan percuma.

“Kami segera meminta orang ramai bersurai kerana hari ini baru memasuki tempoh seminggu iaitu hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 yang masih berjalan.

“Mereka yang bersesak mematuhi arahan bersurai dan keadaan berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian.

“Kawalan polis diteruskan bagi mengelakkan orang ramai terus datang dan berkumpul ke kawasan itu untuk mendapatkan bekalan makanan percuma,” katanya.

Iklan tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatApps menyebabkan masyarakat Tumpat bersesak di sebuah lokasi di Bandar Baharu Tumpat untuk mendapatkan bekalan makanan percuma yang diagihkan.

Menurutnya, pemilik kedai kosmetik iaitu pasangan suami isteri berusia 20-an telah dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Mereka mengiklankan perkara tersebut di media sosial dan tular menyebabkan orang ramai bersesak di hadapan premis perniagaan itu.

“Mereka turut diberi teguran kerana tindakan itu menyebabkan orang ramai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan sepatutnya bantuan hendaklah disalurkan melalui cara yang betul atau hubungi Pusat Kawalan Pergerakan daerah bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pasangan tersebut berniat baik untuk membantu masyarakat ketika saat getir, namun perlulah mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah.

“Saya nasihatkan kepada seluruh rakyat supaya mematuhi perintah ini dan prosedur operasi standard (SOP) kerana negara dan kerajaan Malaysia sedaya upaya berusaha memutuskan rangkaian Covid-19 dalam kalangan rakyat.

“Selepas diberi nasihat dan sekiranya perintah ini tidak dipatuhi adalah satu kesalahan jenayah, maka tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 342, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967,” katanya.

Tambahnya, semua rakyat perlu mematuhi perintah yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac ini atau individu ingkar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.