Patutlah Setiap Malam Mimpi Ngeri, Rupanya Pasangan Suami Isteri Dikenakan Sihir Pemisah Melalui Perantaraan Cicak

Posted on

Di zaman milenial ini masih ada segelintir masyarakat yang menggunakan ilmu hitam sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai.

Baru-baru ini satu perkongsian di Facebook tular menceritakan pasangan suami isteri disihir oleh bomoh Siam. Menurut perkongsian itu, pasangan dari Sungai Besi.

Mereka ditimpa masalah yang sangat teruk sehingga hampir bercerai namun hubungan mereka berjaya diselamatkan selepas mereka mengetahui punca sebenar kepada semua permasalahan yang timbul.
_________________

Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri.

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam.

Kerana sihir makanan di rumah pesakit dikatakan cepat basi.

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar.

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.

Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira.

Kehadiran cicak dikatakan ada kaitan dengan sihir.

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan.

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri.

Limau nipis, lada hitam dan garam antara bahan untuk membuang sihir.

Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber: Iyra Shifa Enterprise via Media Maklumat

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.