Kebiasaannya rata-rata suri rumah akan menghias peti ais masing-masing dengan pelbagai aksesori seperti pelekat magnet dari pelbagai negara atau hanya meletakkan kain lapik.
Tetapi zaman sekarang ramai yang membalut peti ais dengan menggunakan kertas dinding untuk kelihatan lebih menarik. Tetapi tindakan anda itu sebenarnya boleh mengundang bahaya.
Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), memasang kertas dinding pada peralatan elektrik khasnya peti ais boleh mengundang bahaya kebakaran.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Dalam pada itu, tindakan memasang kerta hiasan ini juga boleh mengurangkan keberkesanan barang elektrik, meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat barangan elektrik.