Setelah genap dua hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, masih ada segelintir individu yang mementingkan diri dan melanggar perintah tersebut.
Tindakan ini pastinya akan menyusahkan pihak berkuasa dan orang lain di kemudian hari sekiranya rantaian jangkitan COVID-19 terus berlaku setelah tamat perintah.
Dengan jumlah terkini sebanyak 900 kes dan peluang tipis untuk memutuskan rantaian jangkitan, perintah kawalan ini mungkin terpaksa diteruskan jika ia tidak dapat mencapai matlamat asal gara-gara tindakan pihak yang mementingkan diri.
BACA : Bekerja Sendiri Perlu Tahu Tentang Skim MATRIX Dari PERKESO
Justeru, seorang peguam, Nor Zabetha berkongsi apakah yang akan berlaku jika tentera mengambil alih tugas pihak polis untuk memastikan rakyat mematuhi perintah tersebut.
Kandungan
- 1 Kalau ATM DAN PDRM diberikan kuasa bawah Perintah Kawalan, apa mereka boleh buat?
- 2 Sebenarnya terdapat Seksyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pegawai yang dilantik menggunakan kekerasan.
- 3 Apa kuasa-kuasa dan tindakan tegas PDRM, RELA atau ATM (kalau dilantik), selaras dengan Akta?
- 4 Jadi disebabkan kerana ketidakpatuhan segelintir orang-orang kita, bagaimana hendak kita salahkan kerajaan jika selepas ini mereka terpaksa menggunakan kekerasan.
Kalau ATM DAN PDRM diberikan kuasa bawah Perintah Kawalan, apa mereka boleh buat?
Dua hari lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa Perintah Kawalan tidak melibatkan mereka.
Namun demikian tengahari tadi, dilaporkan oleh Astro Awani, Menteri Pertahanan berkata kerajaan mungkin akan menggunakan khidmat ATM untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan ini.
Kata beliau, setakat hari pertama hanya 60% rakyat Malaysia sahaja yang mematuhi perintah ini.
Katanya setakat semalam telah ada 504 sekatan jalan raya oleh polis. Setakat hari ini kata beliau, pihak polis telah bertindak secara berhemah secara memberikan nasihat dan menegur dan sekiranya masih tidak patuh polis akan mengambil tindakan lebih tegas.
Sebenarnya terdapat Seksyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membenarkan pegawai yang dilantik menggunakan kekerasan.
BACA : Antara Senarai Pinjaman Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru / Lama
Saya percaya selagi mana kita mengikut arahan, tiada keperluan bagi kekerasan.
Jadi saya rumuskan dalam bahasa mudah, beginilah kata Menteri Pertahanan sejak hari pertama orang kita degil, ramai yang tak patuh arahan. Kalau masih berdegil tindakan tegas akan diambil.
Kalau masih degil, perkhidmatan ATM akan digunakan seperti mana kerajaan telah melantik dan memberi kuasa kepada PDRM dan RELA selaras dengan Seksyen 3, Akta 342.
Bayangkan, dah macam ‘War Zone’ nanti jadinya sebab kedegilan sesetengah pihak. Tentera di mana-mana.
Selaras dengan Seksyen 2, kebiasaannya pegawai yang diberi kuasa ini adalah dari kalangan Pegawai Kesihatan, inspektor kesihatan, atau Menteri ada kuasa melantik mana-mana pegawai di bawah Seksyen 3. Macam sekarang, yang telah dilantik adalah PDRM dan RELA.
Apa kuasa-kuasa dan tindakan tegas PDRM, RELA atau ATM (kalau dilantik), selaras dengan Akta?
a) Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu pemeriksaan kenderaan itu-S.7.
b) Mengarahkan kita untuk diasingkan jika dijangkiti dan disyaki dijangkiti -S.14.
c) Mengarahkan orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit menjalani pegawasan sehingga dia boleh dilepaskan Seksyen-S.15 (1).
d) Diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi -S.15(2).
e) Diberi kuasa untuk menutup premis dan membasmi kuman-S.18
Jadi disebabkan kerana ketidakpatuhan segelintir orang-orang kita, bagaimana hendak kita salahkan kerajaan jika selepas ini mereka terpaksa menggunakan kekerasan.
Amaran telah pun diberi, garis panduan telah pun dibagi, cuma tinggal kita hendak ikut sahaja.
Sama-samalah kita memudahkan jalan masing-masing, jangan nanti ada perutusan yang ke-3 oleh Perdana Menteri hendak berikuasa pada ATM dan ‘total lockdown’.
Waktu kerajaan memutuskan untuk Perintah Kawalan dan bukan ‘total lockdown’, saya percaya mereka telah memberi kepercayaan yang amat tinggi bahawa kita rakyat yang bertamadun dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.
Sebarkan tulisan ini, supaya lebih ramai yang menurut perintah dan kalau mereka tak dengar kata, ada yang lain tolong melarang. Kalau ATM dilantik untuk menguruskan, ini bukan perkara main-main.
Sumber: Nor Zabetha
BACA : Cara Mohon Bantuan RM 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat COVID-19