Pelajar Ini Dinobat Pelajar Terbaik SPM, Tak Sangka Luahan Nya Ini Mencuri Perhatian Netizen

Posted on

KOTA BHARU – Calon bekerperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan pelajar terbaik SPM sekolah, hari ini.

Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM memandangkan dia hanya mendapat 6A ketika peperiksaan percubaan lalu.

Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan.

“Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.

Muhammad Rizdwan (dua, kanan) teruja ketika menerima slip peperiksaan di sekolah, bersama rakan-rakannya.
“Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,” katanya.

Anak sulung dari empat beradik ini berkata, dia mahu menjadi contoh kepada adik-beradiknya dan kebanggaan kepada ibu bapanya yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :

Alhamdulillah…Tahniah…adik telah buktikan cacat bukan penghalang untuk meraih kejayaan

Cacat bukan penghalang utk kejar apa yang dicita²kan.Malah membuka mata kepada yang sempurna anggota badan. Bersyukur dgn apa yang Allah bg..

Allah sentiasa bersama org2 yg berusaha,bersabar Dan tawakal syabas Dan tahniah atas segala usaha

Alhamdulillah & tahniah adik, moga terus berjaya di dunia & akhirat… Aamiin

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.