Pelajar kelas peperiksaan diberi keutamaan masuk sekolah dahulu

Posted on

Pelajar kelas peperiksaan akan diberikan keutamaan untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka terlebih dahulu sekiranya kementerian membenarkan pembukaan sekolah kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, susunan keutamaan pembelajaran secara bersemuka akan diberikan kepada pelajar kelas peperiksaan dahulu berbanding pelajar lain.

“Pelajar kelas peperiksaan yang akan ikuti pembelajaran bersemuka dahulu dan kami akan maklumkan tarikhnya kemudian,” katanya pada sidang akhbar khas, sebentar tadi.

sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.