Sejak kebelakangan ini, pelbagai kontroversi yang berlaku mengaitkan nama Ustaz Abu Syafiq. Terbaharu, tular di media sosial satu video dimana pendakwah itu mencadangkan supaya tulisan Cina dihapuskan. Kenyataan pendakwah bebas itu sekaligus mencetuskan kemarahan warganet.
Video itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Usop Wilcha yang berseloroh memohon kepada polis untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary ke dalam sungai sekiranya dirinya bertembung dengan pendakwah bebas itu.
Usop berkata demikian di media sosial Twitter sambil turut memuat naik foto Abu Syafiq.
“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai.
“Kalau tak boleh tak apa, teman tanya saja dulu. Sudah makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ini,” tulisnya di Twitter.
Kpd @PDRMsia, minta maap kalau teman nak tanya n mintak pendapat.. Bley tak andai kata teman jumpa Makhluk dlm gambor ni, teman ludoh kat muka dia & lempor kat sungei.
Kalau xbley takpe, teman tanya je dulu
Udoh makin ramai sgt individu buat kenyataan secara terbuka Mcm ni. pic.twitter.com/9VrU2QBhN2— Usop Wilcha a.k.a Um (@real_usopwilcha) April 28, 2020
Setakat ini, tidak dapat dipastikan alasan pelakon tersebut mahu bertindak sedemikian.
Sebelum ini, Abu Syafiq tular di media sosial selepas didakwa mengkritik kerja amal yang dilakukan individu tertentu ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, tindakan mendedahkan identiti penerima bantuan adalah suatu yang tidak wajar kerana boleh dianggap mengaibkan mereka.