Pemeriksaan Haid

Aktiviti Pemeriksaan Haid Di Semua Institusi Pendidikan Dilarang Oleh KPM

Posted on

Aktiviti Pemeriksaan Haid Institusi Pendidikan | Susulan timbul beberapa isu yang membangkitkan kemarahan orang ramai berikutan aktiviti pemeriksaan haid dalam kalangan pelajar perempuan di institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius atas hal berkenaan.

KPM LARANG SEMUA AKTIVITI PEMERIKSAAN HAID PELAJAR

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan larangan bagi amalan pemeriksaan haid di semua institusi pendidikannya di seluruh negara.

Larangan itu seiring dengan surat makluman dikeluarkan KPM pada 2 November lalu bertajuk Peringatan Berkaitan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah.

Surat makluman ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid itu ditujukan kepada semua Ketua Bahagian KPM dan Pengarah Pendidikan Negeri.

BACA: Bitcoin Mencatatkan Nilai Tertinggi Sepanjang Masa

Pemeriksaan Haid

Beli Baju Sekolah Murah

Menerusi surat makluman itu, KPM mendapati bahawa tindakan pemeriksaan fizikal, khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan ada berlaku di institusi pendidikan bawah KPM.

“KPM memandang serius perkara ini dan menegaskan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.”

Sehubungan itu, semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.