Bayaran Balik Pinjaman Bank

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Secara Automatik Selama 6 Bulan

Posted on

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Secara Automatik Selama 6 Bulan| Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan.

Ia langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan COVID-19.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank

Baca : Rekaan Seumpama Apple Watch: Jam Tangan Realme Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yang dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu,” kata bank pusat itu.

Baca: PM Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif, Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.