Kemaskini Maklumat Akaun Bank

Penerima BPN Ada Rekod Percukaian Perlu Kemaskini Maklumat Akaun Bank

Posted on

Kemaskini Maklumat Akaun Bank| Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif.LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci

Bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.

BACA : Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Semakan Dan Pembayaran

Kemaskini Maklumat Akaun Bank

“LHDN ingin menasihatkan penerima BPN, untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC, bagi tujuan penyaluran BPN.

“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN,” menurut kenyataan itu lagi.

FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas  https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN.

BACA: Semakan Online BPN: Status Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional

— BERNAMA

Join Telegram

Baca : Ibu Gigih Jual Jeruk Mangga “Online”, Talian Hayat Keluarga Tampung Anak Sakit Paru-Paru Kronik

Microsoft Edge Akan Disokong Untuk Windows 7 Sehingga Julai 2021

Microsoft Edge merupakan salah satu pelayar web yang semakin meningkat popularitinya akhir-akhir ini. Ia hadir berasaskan enjin Chromium, selain turut menyertakan sokongan untuk pelbagai sistem operasi.

Pelayar web ini turut ditawarkan untuk sistem operasi Windows 7, dan memandangkan sokongan rasmi untuk sistem operasi berkenaan telah pun tamat, kini Microsoft mengatakan mereka akan menyokong Edge untuk Windows 7 sehingga 15 Julai 2021 kelak.

Ini bermakna, pengguna masih boleh menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada Microsoft Edge untuk tempoh setahun lagi sebelum memilih untuk menaik-taraf pelayar web atau sistem operasi anda.

Pihak Microsoft turut mengalakkan pengguna untuk menaik-taraf ke Windows 10 dalam terus menikmati ciri baru dan juga perlindungan sekuriti yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.