Pengantin Menangis Mahu Lari di Hari Pernikahan Sebab Dijodohkan Dengan Ex Boyfriend Saat Sudah ‘Move On’

Posted on

Tular sebuah video seorang pengantin perempuan yang menangis pada hari perkahwinan.Video tersebut dimuat naik oleh akaun Instagram @makassar_iinfo pada hari Khamis (01/10/2019).

Dalam video tersebut, seorang lelaki dan seorang wanita memakai pakaian persandingan berwarna biru. Keduanya dikatakan menjalani resepsi perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, dengan wajahnya yang lengkap bersolek, pengantin wanita itu tiba-tiba menangis seakan histeria dan meminta pulang ke rumah.

Difahamkan pengantin wanita itu menangis kerana perkahwinan tersebut adalah dirancang oleh keluarganya. Dia dikatakan tidak bersedia menjalani kehidupan rumah tangga dengan lelaki yang pernah mengkhianatinya.

Dalam video itu, pengantin perempuan kelihatan duduk di lantai dan terus menangis dengan kuat. Sementara pengantin lelaki hanya duduk di atas sofa tanpa apa-apa reaksi.

Dengan beberapa orang yang cuba menenangkan pengantin perempuan terdapat juga bunyi seseorang yang ketawa dalam video itu. Pengantin perempuan itu didengari meluahkan sesuatu dalam loghat daerah yang tidak kedengaran dengan jelas.

” Sedih, kejadian baru-baru ini di Borneo akibat perkahwinan itu, pengantin wanita menangis tanpa henti ingin pulang ke rumah. Lebih buruk lagi, pengantin lelaki itu sudah bersiap sedia untuk akad nikah, tetapi si perempuannya pula minta untuk pulang kerana dijodohkan” kata @massassar_iinfo.

Sebaik video itu dimuat naik ia terus menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen Sehingga kini muat naik menerima 3,672 komen.

Pengantin lelaki pernah melamar tapi…

Sementara itu, dari sumber yang ditemuramah oleh pasukan Video-Tribune, kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Bahalang, Kabupaten Tapin Tengah, Tapin, Kalimantan Selatan.

Perkahwinan tersebut adalah antara pasangan Salamah dan Adit yang diadakan pada hari Isnin (07/01/2019). Difahamkan bahawa pengantin perempuan itu telah dijodohkan dengan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.

Dikatakan si lelaki itu pernah melamar, tetapi pihak pengantin perempuan itu enggan menerima kerana kekurangan wang yang ditentukan sebagai syarat.

Hubungan antara Salamah dan Adit terputus selepas gagal mendapat persetujuan keluarga perempuan pada awalnya. Salamah kemudiannya mempunyai kekasih baru selepas berpisah dari Adit.

Jumpa teman lelaki baru, tapi keluarga pula tak restu hubungan…

” Selepas mereka berpisah, gadis itu mempunyai teman lelaki lain tetapi tidak diketahui orang mana,” kata Noval Pratama, jiran Salamah.

Tetapi tidak lama kemudian, keluarga terpaksa menerima hakikat bahawa Salamah hanya digunakan oleh kekasihnya yang baru.

” Gadis itu dikatakan memberikan telefon bimbitnya kepada teman lelaki barunya, lalu diketahui oleh bapanya” tambahnya.

Salamah melarikan diri kerana keluarganya menentang hubungan dengan teman lelaki barunya itu. Tetapi akhirnya dia dijumpai keluarganya dan dibawa pulang.

Keluarga itu kemudian memutuskan untuk mengahwinkan Salamah dengan Adit, bekas kekasihnya. Salamah menangis di majlis perkahwinannya bukan kerana dia menolak perkahwinan.

Dia menangis kerana dia teringatkan bekas teman lelaki barunya.

” Dia sudah ‘move on’ selepas berpisah dengan Adit sebelum ini, sebab tu dia menangis bila dijodohkan semula oleh orang tuanya” kata Noval.

Bagaimanapun difahamkan bahawa kini Salamah dan Adit gembira selepas berkahwin. Kedua-duanya kelihatan normal, dan mesra selepas berkahwin secara rasmi.

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : tribunenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.