KUANTAN 24 DECEMBER 2016. (KNB523Z) (BHPLUS) Penumpang bas TransMalaya Ekspres wanita diasingkan dengan penumpang lelaki bagi tujuan keselamatan. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Pengusaha bas di Kelantan mohon tiada penjarakan sosial

Posted on

SERAMAI 20 pengusaha bas di Kelantan memohon kerajaan memberi kelonggaran tiada penjarakan sosial dilakukan dalam bas ekspress, bagi mengelak lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung.

Sebelum ini, setiap bas boleh membawa 48 penumpang, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kerajaan menetapkan hanya boleh membawa 50 peratus penumpang iaitu 24 penumpang sahaja.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Kelantan, Che Ibrahim Che Ismail berkata, jika keadaan itu berlarutan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Ogos ini, sudah tentu ramai yang pengusaha bas terpaksa gulung tikar.

“Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sudah tentu menggembirakan semua apabila rakyat sudah dibenarkan rentas negeri dan bercuti.

“Namun keadaan kami pengusaha bas yang sudah tiga bulan menderita sepanjang PKP kini masih dilema sekiranya penjarakan sosial perlu dilakukan dengan hanya membawa 50 peratus penumpang.

“Justeru, kami memohon kerajaan mempertimbangkan keadaan ini kerana bas agak luas dan penumpang juga tidak bersentuhan walaupun muatan bas penuh. Pada masa sama, kami mengikut prosedur operasi standard (SOP) lain seperti mengambil data, check suhu, memakai pelitup muka dan melakukansanitasi bas,” katanya ketika dihubungi.

Che Ibrahim yang juga Pengerusi Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) berkata, sudah tiga bulan pengusaha bas menderita berikutan bas tidak bergerak selain tiada penumpang menyebabkan mereka bimbang lebih banyak kerugian terpaksa ditanggung selepas ini.

Katanya, keadaan sama juga dialami penguasa bas persiaran sekiranya jumlah penumpang dihadkan, maka tiada pelancong yang sanggup menyewa bas.

“Sejak pengumuman semalam, sambutan diterima amat menggalakkan apabila ramai yang membeli tiket dan setakat ini lima bas sudah penuh dengan hanya mengehadkan 50 peratus penumpang.

“Saya berharap kerajaan memberi kelonggaran kepada kami supaya tidak terus menanggung kerugian lebih besar. SOP lain pihak kami akan terus pertingkatkan,” katanya.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.