Perbezaan Takaful Dan Insurans

Posted on

Insurans berkait rapat dengan konsep pemindahan risiko (risk transfer) atau kadang-kala disebut juga sebagai perkongsian risiko (risk sharing). Ini bermakna selepas kita membayar bayaran insurans, risiko kerugian akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Ada sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa insurans ini satu bentuk perlindungan daripada sebarang risiko kerugian.

Perbezaan Takaful Dan Insurans

Contohnya, sekiranya kita mengambil insurans kesihatan, risiko bebanan kewangan sekiranya kesihatan anda terjejas akan ditanggung oleh syarikat insurans. Syarikat insurans akan menanggung kos perubatan dan bebanan kewangan tidak akan ditanggung oleh pemegang insurans.

BACA :5 Rahsia Mengapa Milenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Konsep insurans difatwakan haram kerana ada unsur gharar atau ketidakpastian apabila pemegang insurans membayar untuk sesuatu yang tidak pasti. Pemegang insurans sendiri tidak tahu samada bayaran insurans itu akan dibalas dengan apa-apa manfaat.

Selain daripada itu, insurans juga seperti judi kerana pemegang insurans membayar bayaran yang kecil dan mengharapkan wang yang lebih besar. Samada peserta hilang wang sekiranya tiada tuntutan atau syarikat insurans hilang wang untuk membayar tuntutan.

Industri insurans sudah lama bertapak kukuh di Malaysia sebelum konsep takaful diperkenalkan. Justeru, industri insurans lebih terkehadapan dalam menawarkan polisi insurans yang menyeluruh.

Tolong-Menolong vs Perkongsian Risiko

Ramai yang menganggap takaful dan insurans menggunapakai konsep yang sama. Namun begitu, takaful pula mempunyai konsep yang berbeza. Konsep takaful lebih kepada tolong-menolong di antara pemegang polisi takaful itu sendiri.

Pemegang polisi takaful akan menyumbang bayaran polisi yang akan dikumpul bersama ke dalam satu tabung kewangan yang besar. Sekiranya ada ahli yang memerlukan bantuan, wang akan disumbangkan dari tabung kewangan itu.

BACA : 5 perkara anda perlu tahu tentang Insurans Nyawa di Malaysia

Konsep tolong-menolong ini mempunyai makna yang lebih mendalam dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya pemegang polisi takaful dalam kesusahan insyaAllah bantuan akan sampai. Namun tuntutan hanya terhad bergantung kepada polisi takaful.

Perkembangan industri takaful dilihat mampu untuk melindungi kewangan dan ekonomi umat Islam melalui konsep tolong-menolong yang sangat dituntut dalam Islam. Takaful ini selari dengan kempen #BuyMuslimFirst dalam meningkatkan ekonomi umat Islam.

Disebabkan itu, kita digalakkan untuk menyumbang ke dalam tabung takaful ini. Niatkan sumbangan wang kita untuk tolong-menolong sesama umat Islam. Sekiranya kita tidak membuat sebarang tuntutan sekalipun, percayalah sumbangan kita akan dibalas di akhirat kelak.

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.