Azira Shafinaz

“Perceraian Artis Tak Buat Saya Takut Untuk Kahwin”

Posted on

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz berkata dia tidak bimbang untuk meneruskan hasratnya mendirikan rumah tangga meskipun sejak kebelakangan ini ada saja kisah artis bercerai.

Memetik HibGlam, Azira berkata setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan berhadapan dengan ujian serta meminta mendoakan agar dia cepat berkahwin.

Baca: Fazley Yaakob, Azrene Ahmad sudah bercerai

“Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup. Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan. Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Azira berkata dia belum ada perancangan lagi dan buat masa ini mahu fokus pada diri serta kerjayanya.

“Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia. Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah.

Dapatkan Kerusi Healing sini

“Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya,” katanya.

Sebelum ini, Azira pernah memberitahu dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

SUMBER: HibGlam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.