Perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan sebentar tadi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, ini dikecualikan bagi individu yang ingin bekerja dan pulang semula ke rumah masing-masing setelah terkandas di kampung atau di tempat lain.
”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak
dibenarkan,” kata beliau.
PKPB yang diumumkan oleh kerajaan bakal melibatkan pembukaan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial bermula 4 Mei ini kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.
TERKINI : Perjalanan pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kebenaran perjalanan hanya diberi jika terdapat keperluan penting seperti SOP sebelum ini :PM @MuhyiddinYassin
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) May 1, 2020
Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri