Pergerakan Lebih 10 Kilometer Dibenarkan Jika Terdapat Keperluan Tertentu

Posted on

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklukam bahawa pergerakan melebihi 10 kilometer dibenarkan jika terdapat keperluan tertentu.

Menurutnya dalam sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mewartakan bahawa pergerakan melebihi 10km atas sebab tertentu adalah dibenarkan.

“Kalini ini, kita wartakan dengan lebih jelas iaitu perkara-perkara yang kita benarkan adalah jika ianya melibatkan keperluan harian (membeli makanan), perkhidmatan kesihatan dan perubatan, kalau mereka terpaksa keluar dari 10 km, jadi kita benarkan.

“Kalau dulu, pihak polis menggunakan budi bicara, tetapi kali ini diwartakan didalam pewartaan terbaru. Dari segi peraturan, kita benarkan untuk mendapatkan keperluan yang disebutkan tadi, tetapi mestilah yang terhampir”, ujarnya.

Sumber: Bernama

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.