Perlukan RM134,400, Anak Hidap Leukemia Sejak Umur 2 Tahun, Ibu Tampil Mohon Sumbangan

Posted on

Setiap orang tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Sebagai manusia biasa di muka bumi ini kita seharusnya cekal dan tabah menghadapi ujian yang diberikan, mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Seperti perkongsian ibu kepada dua anak ini tabah menjaga dua orang anaknya yang mempunyai penyakit kronik sejak kecil. Paling terkesan dalam keluarga ini perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sangat tinggi untuk merawat anak keduanya yang disahkan mengidap Luekemia yang kini sedang dirawat di hospital.

Jumlah kos perubatan tersebut bernilai RM 134,400. Jumlah yang sangat tinggi menyebabkan keluarga ini tidak mampu dan memohon jasa baik seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama bantu meringankan beban ibu ini.

Sama-samalah kita membantu keluarga ini supaya ibu ini dapat melihat kedua-dua anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak lain.

ABDUL RAZLAN SHAH BIN ABDUL RAHMAN501011987289

MAYBANK

NO. TEL: 019-7722291

Assalamualaikum tuan/puan & semua yang membaca coretan ini. Saya Khalilah dengan rendah diri ingin memohon bantuan sumbangan tuan/puan untuk menampung kos perubatan anak saya, Abdul Raziq Eshan bin Abdul Razlan Shah (8 1/2 tahun) yang mengidapi penyakit Acute Lymphobiastio Leukemia (ALL) dan kini sedang menjalani rawatan kimo kali ke 3 di HKL.

Saya hanya ada 2 orang anak. Yang sulung, kakak, berusia 11 tahun mengidap penyakit Diabetic sejak umur 8 tahun dan bergantung kepada suntikan insulin setiap hari dan anak kedua (Abdul Raziq Eshan), menghadapi luekemia semenjak umur 2 tahun.

Anak saya, Eshan, perlu menjalani sesi chemotherapy setelah relapse kali ke-3 pada Mei lepas. Pada 20hb Jun 2020, pihak HKL menyatakan kos ubat Blinatumomab sebanyak RM134, 400 diperlukan bagi rawatan anak saya.

Oleh itu, kami sekeluarga bersungguh-sungguh mengumpulkan sumbangan bagi menampung kos ubatan tersebut memandangkan keadaan Adik Eshan yang memerlukan rawatan segera utk proses transplant dalam masa terdekat.

Insuran hanya menampung rawatan dan bantuan lain telah “exhausted” kerana kakak dan Adik Eshan telah menderita sakit sekian lama dan kerap berulang alik ke hospital. Segala sumbangan saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.

Sumber: FB Khalilah Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.