Permaisuri Naik Tren ke KLIA. Pemandu Siap Doa Dalam Hati JanganIah Break Down Train Ni

Posted on

” Saya pernah bawa Tuanku dulu ke KLIA, saya driver train erl masa tu, dalam hati ‘janganlah break down train on the way ke klia’… nervous giler..(masa tu Tuanku berpakaian serba putih)”

Demikian komen seorang warganet yang berkongsi pengalaman beliau sewaktu permaisuri kesayangan rakyat Malaysia ini menaiki tren ke KLIA.

Naik bas, makan durian tepi jalan, berhenti makan mee bandung di gerai, sebut apa sahaja semua perkara yang rakyat kebiasaan lakukan, baginda pernah rasai semua itu.

Terbaru, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini sekali lagi mencuri tumpuan rakyat apabila baginda berkenan mencemar duli menaiki tren KLIA Ekspres untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari KL Sentral.

Dalam catatan di laman Instagram rasmi Istana Negara (istana_negara), Tunku Azizah dijadual berangkat ke India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi, esok.

” Merafak sembah tahniah Seri Paduka Baginda Tuanku. Daulat Tuanku,” menurut catatan di laman itu yang turut menyertakan empat foto Tunku Azizah yang antara lain mempamerkan baginda kelihatan ceria ketika berada di dalam tren tersebut.

Perkongsian itu turut mendapat lebih 20,000 likes dengan netizen menyatakan kekaguman terhadap sikap merendah diri Raja Permaisuri Agong di ruangan komen laman Instagram itu.

Berikut adalah perkongsian yang dimuatnaik oleh akaun Instagram Istana Negara

” KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan berangkat menggunakan KLIAEkspres ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari KL Sentral.

” Seri Paduka Baginda Tuanku dijadual berangkat ke negara India bagi menerima persembahan Anugerah Kraf Antarabangsa yang akan berlangsung di New Delhi pada 7 Disember 2019. Merafak sembah tahniah Seri Paduka Baginda Tuanku.

” Daulat Tuanku

Sementara itu seorang pengguna Instagram Aidahmustafa berkata: “Rasanya ini lah pertama kali kot seorang yang bergelar Raja Permaisuri Agong naik ERL. So humble. Daulat Tuanku.”

Pemilik akaun bernama ana_razak pula menulis : “Daulat Tuanku…love u my Queen..!”.

Sementara seorang lagi pengguna Instagram Nasaruddinsharani mencoretkan: Ya Allah mulianya hati tuanku boleh naik tren je.. ‘simple’ hidup tuanku, saya bagi 100 bintang…daulat tuanku.

” Permaisuri sentiasa cantik. suka sngat tgk, daulat tuanku semoga selamat smpai ke destinasi.” komen Eina

Sebelum ini Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencuri tumpuan apabila berkenan mencemar duli menaiki bas untuk melihat keseluruhan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak sempena Kunjungan DiRaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini/ IG IstanaNegara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.