Pertarungan M@ut Pawang Nong Menentang Orang Minyak

Posted on

Sebelum itu mari kita kenali siapa Pawang Nong , Pawang Nong atau nama sebenar beliau ialah Haji Nong Taib Bin Santan adalah merupakan Pawang Diraja Negeri Pahang suatu masa dahulu.

Beliau juga adalah sahabat serta dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dan kebatinan dengan pahlawan pahang yang terkenal iaitu Mat Kilau yang berjuang bersama menentang penjajah suatu ketika dahulu di sebelah Kampung Hulu Cheka @ Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

KETIKA bulan sedang mengambang pada waktu dinihari. Di sebuah kampung terpencil di daerah Jerantut, Pahang kelihatan satu lembaga hitam berkilat memanjat tingkap sebuah rumah.

Dengan berhati-hati dia menuju ke arah seorang gadis yang sedang nyenyak tidur bersebelahan dengan bilik kedua ibu bapanya. Tiada sesiapa pun yang menyedari akan kehadiran lembaga hitam itu.

Lelaki hitam berminyak itu mengusap usap tampang gadis itu. Lantas memeluk serta merta menyelak kain batik yang membalut tubuhnya, dengan rakus manusia berminyak itu memperkosa mangsa tanpa belas kasihan.

Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Selepas memuaskan kehendaknya, dia menconteng kapur sirih dengan tanda pangkah pada kemaluan, peha dan ari ari mangsa. Sebagai satu tanda telah dinodainya.

Lembaga itu kemudiannya menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Dalam sekelip mata kisah orang minyak heboh diperkatakan serata kampung dan ceruk di daerah Jerantut. Di mana mana sahaja orang bercerita tentangnya.

Penduduk makin gempar apabila semua rumah yang dicerobohi mengadu anak gadis atau isteri mereka diperkosa. Dalam banyak kejadian semua mangsa tidak sedar sewaktu dinodai. Buktinya contengan kapur pada kemaluan yang mengesahkan kehadiran lembaga itu.

Kejadian orang minyak memperkosan dan mencuri harta benda merebak serta merta ke beberapa buah kampung lain seperti Damak, Batu Balai, Kampung Som, Kampung Tanjung Besar, Budu, Chat, Benta dan Lipis Barat.

Pelbagai pendapat diutarakan mengenainya. Ada yang percaya ia adalah orang minyak berdasarkan gambaran yang diceritakan oleh mangsa. Badan yang hitam legam, licin berkilat, dan berminyak.

Ada yang mengatakan bau orang minyak hapak serta hamis seperti bau bangkai atau najis. Dikatakan orang minyak perlu mencari 44 mangsa untuk diperkosa.

Demi amalan ilmu hitam yang dipelajarinya. Namun segala ramalan dan agakan itu semakin keliru apabila tiada seorang pun pengawal malam bertembung dengannya.

Kalau ada mangsa terjaga, mereka gagal berbuat apa apa. Kerana lidah kelu lantaran terlalu takut atau mungkin sudah disihir. Dalam banyak kejadian, mangsa tidak sedar kerana sedang tidur.

Cuma yang menjadi bukti adalah kesan contengan di bahagian kemaluan mangsa. Lembaga itu muncul dan menghilangkan diri secara tiba tiba. Ianya menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia ada kaitan dengan orang yang menuntut ilmu hitam.

Menurut ceritanya, sebelum menaiki sesebuah rumah dia mengelilingi dahulu rumah tersebut sambil membaca mantera. Dia kemudiannya membaling pasir pada dinding serta atap.

Setelah itu dia mencangkung seketika menunggu reaksi penghuninya. Setelah yakin baharulah dia melompat masuk. Sama ada melalui tingkap atau pintu yang akan terbuka dengan sendirinya. Walaupun sebenarnya pintu itu terkunci.

Segala usaha untuk menangkap lembaga itu gagal kerana ianya terlalu licik. Bomoh bomoh yang dipanggil memberitahu, lembaga itu menggunakan sehelai sirih untuk memukau mangsanya.

Sirih yang dilipat lipat itu akan diselitkan di celahan dinding. Setiap penghuni rumah yang dipukau itu tidak akan sedar apa yang berlaku sekalipun mangsa teruk diperkosa.

Beratus bomoh telah dipanggil. Semuanya gagal memerangkap pengamal ilmu hitam itu. Malah polis turut menemui jalan buntu. Ketika meronda di hujung, berlaku di pangkal.

Begitulah setiap kalinya terjadi serangan orang minyak. Terlalu sukar untuk dijejakinya! Rondaan yang dibuat sepanjang malam begitu mengecewakan. Yang pasti setiap pagi mesti akan ada mengadu menjadi mangsa.

Akhirnya penduduk kampung sepakat meminta pertolongan dan bantuan dari Haji Nong Taib. Seorang pawang dan guru silat yang tinggal di hulu Cheka Jerantut. Pahang.

Selama ini dia hanya memerhati sahaja. Dia tidak boleh memandai mandai masuk campur selagi tidak dijemput. Itu petua ilmu yang dipelajarinya.

“Bolehlah kawan cuba. Kawan bukan pandai, semuanya dengan pertolongan ALLAH.”

Katanya kepada rombongan orang yang datang menemuinya. Haji Nong membuat persiapan dan dia memilih beberapa pemuda yang handal bermain senjata. Lalu menubuhkan pasukan yang boleh dikatakan berani mati!

Diarahkannya anak buah membawa kain kapan. Kerana mengikut perkiraannya apabila orang minyak itu dibunuh, dia akan segera dikapan dan dikebumikan dengan selekas yang mungkin. Anak buahnya juga diminta membawa penyodok dan cangkul. Ramai yang pelik tetapi tiada siapa yang berani bertanya.

Selepas bekerja keras menjejak. Haji Nong bertemu orang minyak itu di sebuah hutan pinggir kampung di kawasan Lipis Barat. Bagaimana pun lembaga itu dapat memukau Haji Nong dan orang orangnya. Kesemuanya kaku dan hanya memerhati sahaja wajah bengis lembaga itu yang beransur ansur menghilangkan dirinya.

Sebaik hilang dari pandangan barulah Haji Nong dan orang orangnya dapat bergerak seperti biasa. Kini Haji Nong tahu akan kelebihan dan kekurangan musuh yang dicarinya itu.

Haji Nong mengarahkan anak buahnya berpecah. Bagaimanapun baru beberapa langkah berjalan lembaga itu muncul semula. Kali ini kelihatan lebib ganas. Pertarungan sengit yang berlaku menyebabkan sebilangan anak buah Haji Nong kecundang.

Dia betul betul menunjukkan kehebatannya. Haji Nong hanya memerhati menjeling dan bersedia pada bila bila masa untuk bertindak. Maka berlakulah pertarungan yang dinanti nantikan. Pawang Nong bertemu dengan Orang Minyak!

Masing masing menunjukkan kehebatan ilmu batin. Lembaga itu mencabut anak anak pokok sebesar lengan lalu membalingnya ke arah Haji Nong. Haji Nong melompat kiri dan kanan seperti harimau kumbang seraya tangannya menepis balingan itu.

Anak buah Haji Nong menghidupkan jamung untuk menerangkan lagi gelanggang sayembara. Mereka berada di empat penjuru sementara Haji Nong dan lembaga hitam itu berada di tengah-tengahnya.

Lembaga itu beberapa kali menjerit dan meraung raung sambil menumbuk dadanya berkali kali. Haji Nong hanya bergerak kiri dan kanan menunggu saat yang sesuai. Tiba tiba Haji Nong melepaskan satu tumbukan angin. Serta merta lembaga itu tumbang.

Tetapi dia bangun semua membalasnya. Dapat ditepis Haji Nong. Kedua duanya berada dalam jarak 5 meter apabila Haji Nong pantas melompat lalu bercelapak di atas dada lembaga itu.

“Siapa kamu?!”

Tanya Haji Nong sebaik kakinya memijak mangsa yang tersungkur di atas tanah. Dia sudah bersedia untuk menetak musuhnya itu jika berani cuba melarikan diri.

“Tolonglah tok! Ampunkan saya!”
Lembaga itu bersuara merayu.

Haji Nong melonggarkan tekanan. Lelaki itu kemudian melutut. Sambil menangis teresak esak dia mengaku telah memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya.

Anak buah Haji Nong memegang tangan kiri dan kanannya. Disuruhnya beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimanapun lelaki itu enggan dan berdiam diri.

Haji Nong memegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri lalu menekannya ke bawah. Sepantas kilat tangan kanannya melepaskan tetakan yang kuat laku memisahkan kepala dan badannya. Hanya seketika terdengar raungan.

Selepas itu hanya darah memancut membasahi bumi dan badan Haji Nong yang berhampiran. Mayatnya dikebumikan di situ juga. Sejak itu kampung di sekitar Lipis dan Jerantut aman semula. Tiada lagi kedengaran gangguan orang minyak.

Haji Nong kenal akan pengamal ilmu hitam itu. Bagaimanapun beliau terpaksa merahsiakan identiti orang minyak itu dari pengetahuan umum. Kerana tidak mahu warisnya mendapat malu. Orang yang terlibat adalah penduduk tempatan yang mengamal ilmu salah.

Haji Nong tidak pernah menghebohkan siapa sebenarnya orang minyak. Katanya yang penting kampung selamat.
Kisah ini diceritakan oleh anak Haji Nong. Dan salah seorang anaknya ada mewarisi ilmu kebatinan milik bapanya.

Haji Nong, wira yang bertanggungjawab membunuh orang minyak itu sudah lama kembali menemui ALLAH pada usia 112 tahun (11 November 1977) Sebelum itu pun namanya dikenali setelah dapat membantu askar Inggeris menawan hidup hidup 200 pengganas di hutan Hulu Cheka bersama anaknya, Ariff.

Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya lantas mengurniakan Pingat Empayar British (B.E.M) sebagai mengenang jasa dan baktinya. Kerajaan Pahang mengabadikan namanya pada sebuah sekolah di hulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekolah Kebangsaan Pawang Nong.

Al-Fatihah Buat Almarhum Pawang Nong.

Sumber: kakiviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.