Pesakit Coronavirus Cabut Topeng Muka Pembantu Perubatan Dan Ludah Padanya

Posted on

Memetik laporan dari Yahoo Tw, seorang warga tempatan China berkongsi screenshot perbualannya bersama seorang rakannya yang bekerja di hospital di negara China yang terpaksa berhadapan dengan ribuan pesakit wabak Coronavirus.

Menurut screenshot yang tular di laman sosial, rakannya terpaksa berhadapan dengan seorang pesakit yang demam dan menyerahkannya topeng bagi menutup mulut.

“Ada ramai yang sakit di hospital ini. Awak sakit dan sistem imun awak lemah, jadi ini adalah topeng menutup mulut untuk elakkan awak daripada sakit”, kata rakannya kepada pesakit itu.

Namun, tidak semena-mena, pesakit itu berang lalu melemparkan topeng itu sambil berkata, “Saya sudah sakit, jadi untuk apa saya pakai topeng lagi?”

Bukan itu sahaja, pesakit itu menanggalkan topeng pada wajah rakannya yang juga seorang pembantu perubatan dan meludah kearahnya.

“Jika saya tidak boleh hidup lagi, awak semua juga patut mati bersama saya”, katanya lagi dengan nada yang cukup marah.

Disebabkan itu, pembantu perubatan itu terpaksa dikenakan kuarantin di hospital bagi mengelakkan ia terus merebak kepada orang ramai.

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.