Pesakit Covid-19 ‘Stage’ 4 Kongsi Kisah & Petua Walaupun Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin

Posted on

Hari demi hari kehilangan keluarga mahupun orang tersayang akibat wabak Covid-19 semakin meningkat. Sudah lebih 10,000 nyawa hilang kerana wabak ini. Ada di antara mereka dijangkiti pada kategori tiga atau empat tapi masih terselamat kerana sudah mencukupi dua dos vaksinasi yang diberikan oleh kerajaan.

Sehingga kini, hampir 30,000,000 orang sudah lengkap dos satu dan dua vaksinasi. Seperti yang kita tahu, pengambilan vaksin mampu mengurangkan risiko jangkitan untuk menjadi lebih teruk.

COVID-19 KATEGORI 4 ‘SURVIVAL’

Sama seperti perkongsian seorang wanita di Facebook bernama Suhaida Ariffin, di mana dia menceritakan menjadi salah seorang pesakit Covid-19 kategori empat tetapi sudah menerima suntikan vaksin yang lengkap.

I’m Covid19 Stage 4 survival!!!

Alhamdullilah sudah beransur pulih sudah melepasi tahap kritikal yg paling bahaya. Allah masih sudi pinjamkan umur dan nyawa kepada aku… amiinn

Aku bersyukur hanya aku yg positif dlm family.

Gejala demam dpt selepas aku amik 2nd dos vaksin hari ke 2. Ingat demam simptom after vaksin rupa nya melarat spai tiada deria bau. Amik keputusan buat swab test hasilnya seperti dijangka.

PETUA-PETUA LARANGAN , AMBIL & JANGAN PILIH VAKSIN!

Dia juga memberi nasihat agar tidak melulu mengamalkan petua-petua yang diberikan oleh orang lain. Hal ini kerana sangat membahayakan diri dan terjadi kepada dirinya apabila bacaan oksigen turun secara mendadak. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan dan cara penerimaan badan setiap individu.

Dilarang keras: Air Kelapa ( tak kira lah dicampor apa bahan sekali) Sangat2 merbahaya kerana dia membuat saluran pernafasan menjadi sempit diruang paru2 dan suhu badan menjadi semakin meningkat.

Air Lemon akan membuat kita mengalami sakit perut yg sgt kerana sifat lemon sudah bertukar kepada acid dan memburukkan kesihatan

Cuka membantu menyempitkan saluran pernafasan membuat kita semakin sukar bernafas

3 item ini lah menyumbang kepada kematian!!! Jika kita tidak segera ke hospital.

Petua paling terbaik adalah minum air suam secukupnya supaya badan dan tekak kita sentiasa basah. Mkn buah2 yg tidak berunsur sejuk atau supplement vit c. Jika demam mkn panadol. Tido dan makan secukupnya.

Jangan pilih jenis vaksin, pilih nyawa anda. Vaksinasi selamatkan nyawa.

Sumber: Facebook Suhaida Ariffin & sirap limau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.