Pesara Doktor 86 Tahun Berkerusi Roda Korban Nyawa Demi Rawat Pesakit Di Wuhan

Posted on

Seorang doktor berusia 86 tahun dianggap sebagai wira apabila mengabaikan statusnya sebagai pesara dan turun padang untuk merawat pesakit koronavirus.

Profesor Dong dari Wuhan, China dikatakan telah bersara selama bertahun-tahun, namun kembali bertugas setelah wabak koronavirus melanda wilayah itu.

Apa yang lebih mengagumkan, dia memberikan khidmat dengan menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berdiri serta berjalan.

Semangat yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan adalah sangat luar biasa. Dia merupakan salah seorang sukarelawan yang membantu walaupun menyedari bahawa virus tersebut boleh menjangkitinya dan membawa maut.

Disebabkan wilayah Wuhan dipenuhi dengan pesakit koronavirus, ianya memberi tekanan kepada petugas perubatan bagi merawat semua penghidap. Lambakan pesakit di China juga telah menyebabkan ada pesakit yang terpaksa berkongsi katil.

Apabila mengetahui bahawa terdapat beberapa doktor yang telah dijangkiti dan keletihan, Profesor Dong mengambil keputusan untuk membantu. Dia telah kembali ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan iaitu tempat dia berkhidmat sebagai pakar pediatrik selama beberapa dekad.

Profesor Dong yang hanya berkerusi roda terus merawat pesakit muda terutamanya dan bantuannya sangat dihargai oleh doktor yang lain. Sejak Wuhan mengisytiharkan penguncian pada 23 Januari lalu, seorang doktor perlu merawat lebih daripada 30 pesakit pada setiap hari.

Sumber: The Summit Express

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.